SEJARAH

SEJARAH SEKOLAH
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
1938 Temenggong Ibrahim Primary Girls School ditubuhkan. Bergambung dalam satu kawasan bersama Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim.

1957 Tapak penempatan  Temenggong Ibrahim Primary Girls School dibahagian kepada dua kawasan. Blok Cempaka untuk Sekolah Menengah dan Blok Teratai untuk sekolah rendah.

1959 Kerana keperluan untuk menampung jumlah pelajar yang ramai oleh SM Temenggong  Ibrahim, maka Temenggong Ibrahim Primary Girls School terpaksa menumpang di bangunan SK Tengku Marian secara bergilir- gilir pagi dan petang.

1963 Sementara itu High School Primary Batu Pahat yang terdiri drp murid lelaki ditukarkan nama kepada Batu Pahat Primary School.

1964 Murid- murid sekolah Batu Pahat Primary School telah diagihkan separuhnya ke SK Limpoon 2 dan sebahagiannya bercantum dengan Temenggong Ibrahim Primary Girls School dan terus ditukar nama kepada Sekolah Rendah Temenggong Ibrahim       ( TIPS )
            Murid-murid TIPS terdiri dari murid-murid lelaki dan perempuan dan diterajui oleh  Datin Tan Kim Neo sebagai guru besar.

1936 SK Penggaram pula ditubuhkan dan guru besar pertama bernama Raden Mohamad B Radin Chik.

1973 SK Seri Pelangi bercantum dengan SK Penggaram. Guru Besar SK Penggaram pada masa itu ialah En Ismail B Endin. Manakala GB SK Seri Pelangi pula Pn Khadijah Bt Andullah sebagai Guru Kanan. Kerana keperluan bilik darjah,  1985 satu bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung keperluan tersebut. Namun semakin lama, bilangan pelajar SK Penggaram semakin merosot.

1 Januari 1989 Secara rasminya SK Temenggong Ibrahim Penggaram  (SKTIP) ditubuhkan hasil pengabungan dua sekolah iaitu SK Penggaram dan TIPS. Tapak kawasan sekolah SK Penggaram telah digunakan untuk ( SKTIP ).
            Tn Hj Zainal B Jamsari ialah Guru Besar SKTIP yang pertama manakala Guru Besar SK Penggaram pula bertukar ke sebuah sekolah di Daerah Muar.



SENARAI GURU BESAR SK TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM

Tn Hj Zainal b Jamsari                                          01.01.89 – 19.08.89
Yang Mulia Raja Shahdan B Ishak                         01.10.89  - 14.07.90
Tn Hj Ayob B Mohamad                                      15.07.90  - 15.07.92
Tn Hj Mohd Taufik B Hj Md Akip                        16.07.92  - 11.03.94
En Ahmad B Mohamad                                        10.05.94  - 05.05.98
Pn Hj Jamaliah Bt Ahmad                                     01.06.98  - 16.07.07
Tn Hj Idris  B Hj Selamat                                     17.07.07   - Sekarang

Carta Aliran Penubuhan SKTIP (1989)




Bangunan Bersejarah Tahun 1938 ( SK Penggaram )